Wednesday, April 15, 2009

Lagu buat Hubby Tersayang

Kepada Mu Kekasih

Kepadamu kekasih aku berserah
kerana ku tahu kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat dihati bersama amali

Kepada Mu Kekasih
Aku bertanya
Apakah kau akan menerima ku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakkan ke sisi tanpa harga diri

Hanya padamu kekasih
Aku tinggalkan jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepada Mu Kekasih
Aku serahkan jiwa dan raga jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

Hanya padamu kekasih aku tinggalkan
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepada Mu Kekasih
Aku serahkan jiwa dan raga jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerima dalam keadaan begini

No comments: