Thursday, July 30, 2009

7 tahun telah berlalu

Hari ini genap 7 tahun arwah atok sebelah mak meninggal. Mak, mak ngah, mak teh dan busu Kiah telah berkongsi untuk membuat kenduri arwah atok di Masjid Sebatu, Merlimau, Melaka.

Kalau ikut cerita mak yang belum lengkap ketika cerita ini ditulis, makanan dimasak oleh pihak masjid. Jadi, busu Kiah telah menghadirkan diri ke masjid pada malam ini, mewakili pihak keluarga yang lain.

Walau arwah telah pergi, banyak kenang peribadi aku dengan beliau. Paling aku tidak boleh lupa adalah ketika mak dan ayah menunaikan haji pada tahun 2001, arwah dan nenek la yang menemani Hakam dan aku di rumah. Aku masih sempat meminta duit dari arwah untuk membelikan aku coklat cadbury size kecil. Sementelah dari kecil pun, kalau pulang ke kampung, tak sah kalau aku dan cousin yang lain tidak menaiki kereta mini atok ke kedai runcit di pekan Merlimau. Senyum lebar apek kedai tu, macam-macam kami beli. Kadang tu, arwah yang simpan semua gula-gula kami dalam kocek sebelum tiba di rumah. Nanti tiba je kat rumah, tentu kena marah.

Aku masih ingat juga, zaman aku sekolah menengah, aku balik kampung telephone kawan aku nama Marha (kami panggil dia Comot) yang tinggal di bandar Melaka. Mungkin agak lama aku berborak sampai kena sound dengan Mak Ngah (padahal panggilan tempatan). Yea aku faham, siapa nak bayar bil. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, ayah telah memberi atok duit untuk tampong kos telephone tersebut. Ynag hairan, atok aku COOL aje.

Aku rindu dan sayang sangat arwah atok. Aku doakan dia ditempatkan di samping orang-orang yang beriman di sisi Allah s.w.t. Al-fatihah...

No comments: