Thursday, October 15, 2009

Kegilaan FB

Dunia sekarang dunia FB. Pengakuan ikhlas seorang sahabat tentang kegilaan terhadap FB mengesahkan segalanya. Dan FB penting di mana kenalan lama yang telah terputus hubungan, boleh diketemukan kembali. Alkisahnya, lecturer aku kat Uni dulu pun berjaya menghubungi suami aku melalui FB. Ironikan...

Aku? Aku masih setia dengan blog aku ni. Bukan aku tak register FB, tapi aku kurang yakin yang aku berupaya meng'update' FB dan blog dalam masa yang sama. Sedangkan personal email pun aku agak segan untuk check hari-hari, apatah lagi nak update FB dan blog dalam satu hari. Lagi pun, cerita yang akan disampaikan adalah sama je. Tepuk dada, tanya selera.

Bila dikenang kisah-kisah dahulu, ianya bermula dengan kegilaan terhadap chatting. Zaman aku form 4 and 5, kami geng MRSM PDRM gila chat kat ICQ/MCQ. Yea, aku tau zaman tu PC masih sukar, bukan seperti sekarang. Kami biasa chat sebelah malam. Siap ada room chat, tak boleh masuk sebarangan. Kalau manager chat room marah, silap2 kena kick. Siap, dapat bunga macam ni kalau orang tu suka chat dengan kita: @>-----

Pastu, wujud plak zaman YM. mengila la plak main YM. Ish...sama la macam revolusi email gitu!

Kemudian wujud blog, lebih kepada paparan kekal cerita dan komen dari pembaca. Masih ada 2 ways communication tapi pasif.

Terkini, FB memberi 2 ways communication yang aktif. Kat umah aku contohnya, busy orang tu layan FB via Blackberry Storm. Kuikuikuhikkkuuuiii...jangan marah kalau terasa! :p

Seriusnya aku cuba memikirkan dan memahami, apa husband/ wife seseorang tu tak marah ke bila husband/ wife dia dok sibuk chatting kat FB dengan husband/ wife orang lain? Dunia sekarang segala macam mungkin berlaku. Elok untuk dipikirkan dan direnungi bersama. Dari mengisi masa terluang, bertukar cerita, bertukar rasa, harap-harap jangan bertukar hati dan perasaan plak!!

No comments: