Wednesday, October 21, 2009

Makan tengahari

Aku ingin berkongsi cerita di mana aku dapatkan bekalan makanan baik pagi atau tengahari di Mid Valley. Confirm la kalau makan food court atas (food court yang biasa korang kunjungi) hari-hari mau bengkak poket.

Food court yang aku pergi ini diberi gelaran food court DBKL. Entah nama betul atau sekadar jolokan. Mengikut ceritanya kenapa food court ini murah sedikit adalah kerana takde tax yang dikenakan. Aku nak verify kesahihan cerita ni pun susah, sebab takde resit diberi, kira macam konsep paperless.

Lagi satu mungkin kerana keadaan persekitaran, tanpa air cond (panas beb, hari tu kawan aku makan sambil berpeluh macam orang gi sauna) dan udara yang terkempam (ingat korang je kena boleh perap ayam). Ish, sah kalau balik ke opis baju boleh ada perfume baru!!! Sama ada perfume semulajadi badan korang (kesan peluh) atau perfume makanan.

Ironinya, makanan di sini murah, belum pernah aku di'charge' melebihi RM5.00 sehari untuk makanan sahaja. Contohnya:
nasi + kerabu mangga + ayam = RM 3.50
nasi + kerabu ayam + ikan pari bakar = RM4.50
set nasi kukus + ayam goreng berempah = RM4.50
nasi + hati ayam + sayur = RM2.00 (ni meria yang berjaya beli)
Buah potong = RM 1.00 (pilihan dari mangga or jambu or nenas or ciku dsb)
Bihun goreng + telur mata + sambal = RM1.50

Setakat ni aku jarang beli air, so nak komen lanjut payah. Dalam hal ini, aku kira aku masih beruntung jika dibandingkan dengan hubby, sbb hari-hari mkn kat food court yang mahal + tak sedap.

No comments: