Friday, October 30, 2009

Terima kasih..

Tahukah korang maksud terima kasih? Adakah korang sering mengucapkan perkataan ini selepas mendapat bantuan orang? Adakah perkataan ini hanya sesuai diucapkan setelah mendapat bantuan orang? Adakah korang terpaksa mengucapkan perkataan ini kerana ini kehendak majikan?

Nak tau nape aku nak ulas isu ni? Sebab aku harian orang muda sekarang dah tak reti nak jaga budi bahasa masing2. "Jangan sibuk hal orang, tengok diri sendiri dahulu., klise terbaik dari seorang teman".

Kes 1

Aku keje kat shopping complex. So, hari-hari memang confirm parking kat tempat berbayar. Cuba korang calculate, sehari RM6 dan kalau sebulan dah berapa? Aku tiap2 hari bayar kat staff company XXX XXXXXX XXXX X, tanpa gagal aku mengucapkan terima kasih setelah mendapat duit baki (jika ada) dan resit (wajib aku mintak). Aku pelik, baik pekerja tu lelaki atau perempuan, apa pun bangsa mereka, langsung tak reti nak ucapkan TERIMA KASIH. Aku tak minta korang senyum meleret2 pun (memang tak pernah senyum pun mereka ini), atau korang terpaksa duduk di situ ekoran takde offer keje lain? Dulu, di waktu bulan puasa:

Staff: Ada duit kecil tak?
Aku: Takde, sorry!
Staff: Saya takde duit tukar, ada pun RM1 sekeping-sekeping. Betul takde?
Aku: Memang takde, cuba tengok ni, semua not RM50 sekeping (siap tunjuk wallet aku). Kalau dah takde, RM1 tiap keping pun takde masalah, as long as ada pulangan duit baki.
Staff: Hum...takpe, saya campur-campur.

Dah la kasar, tau la kamu tu puasa tapi jaga perkataan tu. Aku membayar servis yang disediakan majikan kamu. Kalau kamu tak suka, atau kamu benci sekali pun, tak kira la ko benci company ke, ko benci supervisor ke, ko benci bos ke, ko benci nak keje situ ke, ingat yea anda dibayar oleh majikan untuk buat kerja yang terbaik. Bagaimana caranya, kau pikir la sendiri!!

Kes 2

Kami (geng satu office) share beli hadiah utk kawan. Disebabkan kotak besar dan berat, aku minta sale person letak siap2 di kaunter bayaran. Aku pun semangat beratur dekat dengan cashier perempuan sbb barang tu agak dekat dengan dia.

Marie: Kotak tu sekali yea kak. (Lemah lembut kawan aku cakap)
Cashier: Angkat la ke sini. Macam mana saya nak tag? Tak sampai. (muka selamba + senyum sinis)
Aku: Kawan2, tolong angkat ke meja kaunter.
Cashier: Pasal susah2, tarik kertas ni cukup. Kan ada harga kat sini. (muka selamba lagi)
Marie: Dah tadi suruh angkat, mana nak tau!! (kawan aku ni mmg cool + baik hati giler)

Lepas tu, member2 lain angkat bawak pi la lepas dia kata gitu, mmg kami bayar, bukan bawak lari!

Cashier: Ala, nak lekat tape ni tapi... (muka sengih2 macam kerang busuk)
Marie: Takpe, saya tolong lekatkan. (Memang sumpah baik gila kawan aku, tak mulut celupar macam cashier JUSCO MID VALLEY)

Kesimpulannya, masyarakat kita hari ini lebih gemar menilai kita dari pakaian, percakapan dan aksesori yang kita ada. Walau kami ni memakai pakaian biasa2, kami masih membayar jumlah yang sama, dengan kata lain kami guna servis dan bayar servis pada harga sama seperti orang yang korang fikir bagus tu. So, jangan nak double standard plak!!! Bos korang pun tak melebih macam korang!!

1 comment:

administrator said...

Ada bos yang baik dan ada plak bos yang menyakitkan hati. Takpelah, kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’