Wednesday, November 4, 2009

Keterujaan aku dalam kerja mekanikal

Setelah aku membuang masa di bidang admin, inilah masa dan ketika aku meneruskan kehidupan dalam bidang yang aku tuntut selama 4 tahun utk degree dan bakal 5 tahun dalam master.

Semuanya bermula dengan kerja audit. Bukan audit ISO yea, real engineering audit. Our team kena audit sistem mekanikal di 3 blok bangunan, Blok A, B dan C. Blok A ada 6 tingkat, blok B ada 14 tingkat dan blok C ada 2 tingkat.

Sebab sekarang ni aku dalam unit HVAC, jadi aku kena study dulu system AC dan sikit2 lift (aku sendiri pandai2, bos tak suruh pun). Bermula dengan document tak lengkap, call kiri kanan, email kiri dan kanan, akhirnya, 2 hari sebelum audit baru aku dapat apa yang aku cari, itu pun tidak lengkap sepenuhnya.

Pada hari audit, dimulakan dengan short briefing session (bukan briefing dah, sesi soal by our team) dan kemudian kami terus ke bilik pam domestik, bilik chiller plant, bilik pump rintangan api dan kemudian terus ke every floor yang ada kat semua blok tu.

Macam-macam aku belajar, dengan bos yang sporting, TA yang willing to share experience dengan aku, technician yang bersungguh-sungguh ambil bacaan RH (aku salin la) dan kawan sejawat yang wiling nak ajar aku dengan 1001 soalan dari aku. Tabik kat bos aku, dia panjat tangga nak pastikan ducting dalam keadaan baik di bilik AHU, TA aku yang masuk AHU tgk ball bearing yang bising, rakan sejawat aku yang panjat cooling tower dan aku masih di bawah. Ye la, kasut aku pakai tu agak licin selain aku yang baru lepas operate dan masih perlu berhati-hati.

Lunch time, aku rasa kepala lutut sudah goyang. Tapi kami masih ada beberapa bahagian yang perlu dilihat dan semuanya cuba diselesaikan pada petang itu juga. Alhamdulillah, selesai jua kerja kami tapi kali ni, pergelangan kaki aku mmg SAKIT gila!!!

Malam, selain rasa letih (normal la tu kerja kan) kaki aku sudah sakit, apa lagi sapu minyak kapak la kasi panas. Dan akhirnya tertidur.....ZZZZzzZZZzzzzzzzzzzzzzZZ

No comments: