Tuesday, November 24, 2009

Kisah hari terakhir bersama arwah nenek

Sabtu lepas, aku demam. Hubby pula ada game bowling di Mid Valley, so aku ambil keputusan ke klinik di situ sahaja. Hidung aku pun dah start tersumbat, jadi wujud ketidak selesaan di dalam diri. Mengikut kata wife kawan hubby yg bekerja sebagai doktor, pengambilan vitamin C sudah mencukupi, so kalau malas nak jumpa doktor tu boleh la amalkan kaedah ni jika keadaan di peringkat baru demam.

Mak banyak kali call nak informed dia ke rumah nenek, nenek muntah-muntah semenjak hari Jumaat. Aku ambil keputusan untuk ke rumah nenek selepas habis game hubby.

On the way ke rumah nenek, mak call yang dia on the way nak hantar nenek ke PPUM. So, kami terus u-turn dan menunggu di unit trauma & kecemasan PPUM. Elok kami sampai, ayah pun sampai. Nenek terus di bawa masuk ke bilik kecemasan. Aku dan husband turut serta sekali, IC nenek ada di tangan hubby. Jam pada ketika ini 3.00 petang ++.

Nenek diminta baring di atas katil. Nenek tanya mana bantal, aku maklumkan di hospital ni tak disediakan bantal. Nenek kelihatan diam sahaja. Doktor menanyakan adakah nenek menghidap sakit kencing manis, darah tinggi, etc.

Hubby telah ke bahagian pendaftaran, jadi tinggal aku seorang di situ menemani nenek. Doktor memberikan nenek ubat untuk menstabilkan keadaan dia, dan akan membuat x-ray sebagai langkah pengesahan. Nenek pun tertidur. Kami tunggu di luar.

Mak aii, mana plak nenek aku diorang bawah?? Oh, ke bilik x-ray rupanya. Selepas x-ray, nenek kelihatan lebih segar dan memaklumkan dia haus dan tekak kering tapi perlu berpuasa. Aku n hubby menyenangkan hati dia dengan berkata, mereka dah masukkan air dalam badan nenek, insya-allah cukup. Nanti nenek tanya doktor boleh tak nenek makan, bila doktor datang lawat nenek yea. Aku berborak pendek dengan nenek dan meminta dia berehat, kerana dia telah tidak cukup rehat dari hari Jumaat.

Setelah dimaklumkan keadaan nenek stabil tetapi mereka tempatkan nenek di bilik kecemasan sebagai langkah memerhatikan kestabilan sakit nenek, kami pulang untuk membersihkan diri dan sembahyang. Jam ketika itu menunjukkan pukul 8.15 malam. Kemudian nurse di situ memaklumkan mereka akan membawa nenek ke wad 7U pada pukul 9.00 malam. Bibik menemani nenek pada malam tersebut. Kemudian, aku pun bersalam dengan nenek buat kali terakhir dan memberi tahu aku pulang dan akan melawatnya esok. Dia mengangguk tanda setuju.

Aku baru sahaja terlelap, mak memanggil memaklumkan doktor meminta semua anak datang dengan segera ke hospital kerana jantung nenek dah tak dapat diselamatkan lagi. Semua terkejut dan bersiap-siap sesegera yang mungkin. Jam pada ketika itu pukul 12.45 malam.

5 minit kemudian, telefon rumah pula berbunyi. Hubby yang mengangkatnya, Bibik menangis mengatakan nenek telah tiada. Hubby meminta Bibik bersabar dan kami akan datang dengan segera.

Kami sampai di PPUM unit trauma dan kecemasan tepat pukul 1.25 pagi. Terus hubby sedekahkan yassin buat nenek. Aku? Aku membantu Bibik mengambil barangnya di wad 7U. ayah pula menguruskan segala urusan terakhir sebelum boleh membawa jenazah pulang.

Jenazah nenek telah di bawa ke Taman Melawati dalam pukul 2.00 pagi ++. Kesemua muka yang ada agak terkejut, apatah lagi akak aku, kerana keadaan nenek stabil sebelumnya.

Dari pengesahan cerita pihak PPUM, jantung nenek telah berhenti sebelum mereka memasukkan nenek ke dalam CT scan. Jadi terjawablah kenapa nenek perlu berpuasa. Dan nenek tidak menyusahkan sesiapa, dia pergi dengan sendirinya dan dia juga yang meminta di masukkan ke hospital.

Aku menangis setelah mencium nenek buat kali terakhir sebelum mereka mengkafan dia sepenuhnya. Aku sudah tidak akan berjumpa nenek lagi selepas ini...itu yang terdetik dihati aku ketika itu...!!

Al-fatihah.

2 comments:

Landak said...

sedih....no more gossip lepas nie... walaupun i mengenali nenek tidak lama tapi i masih ingat dia sanggup berkorban hadir majlis kita walaupun dia sebenarnya berada dalam keaddan tidak selesa dan kurang sihat d rumah ayah..

eliyazz said...

Itu la pasal. Nasib la dia tak keluar calculator jawa time tu!!!