Saturday, November 7, 2009

RM2.00 at Suria KLCC

Hahahhah...kali ni angin aku baik dan keinginan aku memuncak untuk mencuba sesuatu yang bukan baru, sudah lama cuma aku belum terpanggil untuk menggunakannya. Menjadi kebiasaan, mesti aku bawak hubby sekali.

Cuba ko usha betul-betul picture kat bawah ni....




Aku buat pertama kalinya mengeluarkan duit RM2.00 per person nak masuk toilet di Suria KLCC. Mahal? Dah cuba ke before you all buat kesimpulan? Apa yang aku nak kongsi di sini adalah pengalaman peribadi pada 06 November 2009.

1. Bayar RM2.00 di kaunter, anda diberi resit dan wet tissue. Aku tak guna la, kalau tidak tak dapat plak nak ambil pix.
2. Mata terarah ke section tukar lampin bayi, disediakan set bedak dan lotion Johnson's baby (dalam hati dah kata bagusnya).
3. Terus ke sinki, hulur tangan air masih tak keluar dari pili. Picit sana sini, at last tanya pembersih macamana nak guna. Rupanya ada sensor, kena slide tangan depan tu baru keluar airnya...
4. Sabun lembut, tisu ada kualiti, siap bakar aromatherapy candles...harum sungguh!
5. Alamak, penuh...siapa kata ada orang tak sanggup nak bayar demi perkhidmatan yang terbaik!
6. Fuh...mana nak jumpa toilet lantai kering, siap ada cecair pembersih tempat duduk, tisu ada dan berbau harum!!
7. Selepas cuci tangan, aku pun menelek body mist, body lotion, powder Body Shop yang ada. Sapu body lotion aje cukup, wangi deh...
8. Mana plak hubby ni, makeup mengalahkan aku. Hubby rupanya sibuk ambil pix dalam toilet.

Kesimpulannya, jika keselesaan yang dicari, tidak salah anda melabur sedikit. Bak kata hubby, ada orang tu bayar mahal sebab nak berak dengan selesa kat toilet RM2.00.

Dan kami adalah orang yang ke 1547578 dan 1547579 menggunakannya!!! Anda bila lagi???

No comments: