Wednesday, March 17, 2010

Destinasi baru...

Langkah yang harus aku atur
Bermula hari ini dan tika ini
Aturan hidup atau muktamad kehidupan
Ada ketika di atas dan ada ketika di bawah

Oh..aku tidak mengerti
Adakah pilihan dan langkah ini
Yang terbaik buat aku
Jua buat keluargaku

Benar aku berada dipersimpangan
Yea nak...mama mengerti
Kau juga merasai apa yang mama rasai
Kerana kita berdua berkongsi segalanya dari dahulu lagi
Tiada rahsia lagi antara kita

Hum...kenapa aturan hidup sukar diertikan
Secara zahir atau lahir
Dahulu penantian satu penyiksaan
Kini realiti harus ditempuhi dengan tabah

Destinasi baru aku akan bermula
Tiidak berapa lama lagi
Aku gembira, suka atau duka
Hanya aku dan diri ku mengerti

Tapi kehidupan aku selepas ini bagaimana
Adakah seindah tika aku di sini
Aku kagum dengan sifat kepimpinan di sini
Aku terhibur dengan suasana kerja di sini
Adakah aku perlu berubah
Hanya untuk menikmati status TETAP

Oh...kenangan dahulu menyapa fikiran
Dipaksa melakukan yang terbaik setiap masa
Lumrah aku bekerja sehingga sesak dada
Habuan tekanan menimpa-nimpa

Bila lidah berkata-kata
Hati cuba menyembunyikan gelora jiwa
Senyum ikhlas ibarat kopi terasa
Adakah semua hanya sebagai penyedap rasa?

Nurkilan originally by ~eliyazz~~~<@

No comments: