Monday, March 15, 2010

Kisah Muhammad Zulkarnain a.k.a Nain

Hujung minggu yang lepas, aku dan suami balik ke rumah mak aku pada hari Sabtu, itu pun sudah lewat petang kerana nak tunggu aku yang sakit perut nak membuang lama sangat!! Kami sampai di rumah mak aku dalam pukul 7.30 malam setelah singgah Ani Sup Utara dan kedai dobi.

Jadi malam itu, aku dan suami tidur berehat dengan aman. PEACE. Di malam hari, adik aku telephone, nak sedapkan hati dia yang keseorangan di rumah sewa. Rumah sewa dia kena ganggu tapi dia kena setakat bunyi-bunyi sahaja berbanding kawan dia terus dijelma rupa makhluk itu. Insya Allah, ayah akan membantu. Tapi dengar cerita dia tidur aje malam tu sebab letih buat skop pasal permainan kuda kepang di Batu Pahat. Pastu akak aku pulak tepon maklumkan dia nak datang pagi-pagi esok. Ye la....

Jadi, bermula Ahad pagi sehingga malam, riuh, kecoh suara budak-budak dan suara aku dan akak aku. Kami yang tua ni bukan join mereka main, terjerit-jerit marah yang dia buli dia, yang itu buat salah tapi muka sepuluh sen aje, macam-macam betul!!

Berbalik kepada kisah Nain, nenek berjaya memujuk dia untuk nenek tengok Facebook kejap. Bukan kejap pun, ada la 30 minit. Hehheheh...padan muka ko Nain. Mana la budak-budak reti bersabar, puas la dia merengek-rengek kat umi dia. Untuk menghilangkan tumpuan dia sebentar kepada internet, akak aku dan aku pun buat la soalan-soalan bodoh untuk dia jawab.

Akak aku: Nain...dalam perut umi ada apa? Ada apa Nain?
Nain: Dalam perut umi ada baby, sama macam Ngah (aku la tu).
Akak aku: Mana kau tau Ngah kau pun ada baby?
Aku: (Hanya gelak-gelak kecil)
Nain: Abang tau la...
Akak aku: Jadi ada berapa baby semuanya? (Konon nak test ilmu maths anak la ni)
Nain: Tiga
Akak aku: Mana tiga...cuba cakap baby siapa lagi?
Nain: Babyu umi, Ngah dan uncle. Banyaknya...siapa nak jaga?

Kami gelak geli hati..bergetar-getar perut aku gelak kan statement dia. Kot yer nak ngata perut uncle dah bertambah sihat pun, jangan la kata ada baby. Kecil hati uncle kau. Hai budak-budak...setakat itu sahaja pemahaman dia. Asal orang tu perut buncit, ada baby, tak kira laki ke perempuan.

No comments: