Monday, March 8, 2010

Maid oooohhhh maid...!!

Hum...pagi ni takde mood nak cakap banyak-banyak. Perut rasa sakit, ada angin yang tak lepas. Sampai office, letak beg teruk tersandar kat kerusi menahan sakit perut. Nak baring kejap di bilik sembahyang, terlalu awal dan sure panas sebab aircond blum on lagi. Tengah tutup-tutup mata, tepon plak berbunyi. Akak call pagi-pagi ni ada case emergency ke?

Dengar suara dia OK tapi nada singa tu macam disembunyikan. Ingat dia ada masalah kat sekolah rupanya masalah dengan maid baru. Dia dok hangin satu badan sebab maid baru ni terlalu BODOH. Bagus tak bagus akak aku ni, maid lama masih ada untuk mengajar maid baru sebelum dia balik kampung. Kira gaji 2 maid dia bayar la bulan ni.

Semalam dia call aku kata nampak macam bodoh aje maid baru ni. Aku kata jangan cepat judge orang dari riak wajahnya, mungkin dia masih segan-segan. Tapi bila akak aku test suruh sapu sampah, tak reti. Dengan kata lain, kena ajar nak sapu sampah ni mula-mula ambil penyapu dan penyodok. Then angkat tikar-tikar untuk sapu habuk di bawahnya. Bila dah selesai, boleh dia buat dek je dekat tikar yang tergulong-gulong tu. Kena bagi arahan lagi. Kira fail!

Test ke 2, gosok baju. Memang tak tau apa-apa berkenaan gosok baju. Aku rasa, apa minatang yang digunakan untuk menggosok pun dia tak tau. Abang ipar aku sampai naik takut, takut baju kerja terbakar dek tak reti gosok. Bocor poket kalau nak beli baju baru! Dah la tu, nak buat testing punya hal sampai 5 baju akak aku ambil sampel. Kira fail!

Yang paling kritikal, dah menipu akak aku. Akak aku ni punya la baik hati, tanya elok-elok dah bawa semua dokumen bila ambil dia di kampung. Dia jawab ringkas dah. Bila maid lama tanya, bantai tukar cerita plak, tak bawak sebab dah tinggalkan kat kampung. Hangin akak aku satu badan. Benda penting berkenaan diri sendiri pun tak boleh urus, inikan pula nak uruskan hal kerja.

Akhirnya, akak aku nak hantar dia balik kampung kembali petang ini jugak. Siapa tahan kalau pening kepala semua benda nak kena ada arahan baru ada tindakan.

p/s: Ohhh...adakah aku sanggup nak mengajar maid? Aku rasa aku lagi garang, sure menangis dia nanti!! PEACE.

No comments: