Thursday, March 4, 2010

Teksi oh teksi...

Sejak aku dah masuk balik opis ni, pagi aku dihantar oleh suami. Petang aku kena balik sendiri. Kenapa? Aku dinasihatkan tidak memandu kereta sehingga keadaan mengizinkan atas arahan doktor.

Dan bila balik sendiri tu bukan bermaksud aku naik bus atau mana-mana train. Kawasan rumah aku tu tak mesra alam, tiada banyak pilihan kemudahan awam selain bus atau teksi. Kalau opis suami aku dekat, sanggup aku tunggu dengan syarat dia kena balik on time pukul 5.30 petang sebab aku habis kerja pukul 4.30 petang. Tapi memandangkan jarak, kadar kesesakan lalu lintas dan masa kerja dia yang tidak menentu, aku mengalah memilih untuk menaiki teksi.

Mula-mula naik dulu harga Mid Valley ke Taman Desa lebih kurang RM8.20 hingga RM8.50. Hairan aku sebab kalau tak salah aku teksi ni pakai meter, sepatutnya kalau lalau sama, harga kena tetap sama. Ni tak hari-hari harga lain-lain.

Jadi, petang semalam aku naik teksi yang dipandu oleh seorang pakcik yang agak berusia. Aku cakap ke Taman Desa, dia angguk kepala setuju. Aku pun masuk dan diam sahaja sambil mendengar radio yang dipasang. Dia membawa aku melalui laluan terus ke Jalan Klang Lama. Sampai simpang Taman Desa, aku memberi tunjuk arah sampai ke rumah.

Aku: Berapa pakcik?
Pakcik teksi: ......sembilan.
Aku: Ni dia pakcik (sambil menghulur not RM10).
Pakcik teksi: (Lama gak dia keluar duit sana, cari sini dan kemudian menghulurkan baki) Terima kasih.
Aku: Terima kasih pakcik (sambil terkedu dan keluar dari teksi).

Aku mengira baki yang pakcik teksi hulurkan pada aku sebanyak RM2.10. Jadi bermakna harga teksi aku naik semalam RM6.90. Murah dari harga selalu yang harus dibayar. Aku doakan rezeki pakcik tu murah kerana dia jujur dalam bekerja, insya Allah rezeki dia lebih luas selepas ini. Amin.

p/s: Keliru dengan situasi kegairahan manusia mencari wang dan mengumpul harta dunia!! Harta akhirat camna yek....????

No comments: