Friday, April 16, 2010

Kesungguhan

Hari ni cukup 1 minggu aku di office baru. Tag name dan sticker kereta belum dapat lagi, dan aku perlu berjalan perlahan-lahan dari pintu pagar utama ke bangunan pejabat. Jauh memang la jauh tapi aku tiada pilihan. Kalau parking kat belakang, kena hadap pulak tangga yang tinggi dan keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan buat sementara waktu. Apa pun, alhamdulillah atas rezeki dariNya.

Pemerhatian aku ringkas:

1) komitment bos no. 2 di office ni sangat tinggi dan dia sangat peka atas penjimatan tenaga elektrik,

2) semangat kerjasama di kalangan bos sangat tinggi,

3) supporting staff bagus walau ada yang agak ala-ala tapi bos managed nak handle masalah itu,

4) hubungan antara staff harmoni,

5) kecantikan pejabat ada tapi terlalu banyak longgokan documents yang perlu ditentu sahkan statusnya

Aku masih menjadi pendiam. Kenapa? Nantilah...ibarat kata orang 'terlajak kata tidak boleh diundur', oleh itu aku perlu berhati-hati.

p/s: Husband aku berjaya menjadi penyelidik di mana menjumpai pokok yang memakai tag. Korang ingat manusia je ke yang pakai tag...hehehe...sabar ye abang, nanti sambung study by next year, insya Allah.

No comments: