Wednesday, April 28, 2010

Pas keselamatan dapat, sticker kenderaan kena beku

Aku hairan bila seseorang itu ada kuasa dan pangkat, bagaimana dia membuat keputusan atas sesuatu permasalahan. Mungkin dia dah BOSS dan aku ni pegawai cabok je kot, jadi aku adalah mangsa keadaan atas masalah yang dia GAGAL selesaikan.
Aku bukan sengaja meminta sticker kenderaan. Lihat keadaan diri aku, sedang berbadan dua dan saban pagi aku harus menapak dari main gate ke pejabat, jaraknya lebih kurang 200 meter. Kalau cuaca baik, aku bernasib baik. Jika hujan, aku kena berhati-hati ketika melangkah.
Majikan mengharapkan pekerja memberi kerjasama, jika perlu stay back smp malam. Bayangkan bahaya di dalam gelap yang aku sebagai perempuan kena hadapi. Kebiasaannya, jika perlu ada lab, pihak pejabat aku akan stay sampai pukul 9.
Yang aku rungsingkan, jika berlaku kecemasan, dengan kenderaan hubby pun tidak dibenarkan masuk, siapa yang hendak bertanggungjawab mengambil aku di foyer pejabat? Pejabat yang mengeluarkan sticker atau ambulance akan dibenarkan masuk? Tapi sila maklum saya hanya hendak rujuk kes di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jangan pandai-pandai nak hantar ke hospital lain.
Bukan mengungkit, aku ikhlas bekerja tapi kalau sesuatu berlaku, siapa harus bertanggungjawab?
p/s: Masih mengharapkan diri sentiasa sihat dan baby selamat.

No comments: