Tuesday, April 13, 2010

Profesional?

Kenapa yea kita suka membeza-bezakan status? Hairan...sebab di sisi Allah, semua hambanya adalah sama. Kita suka memperlekeh-lekehkan orang. Sebenarnya kita takut ke? Atau kita cemburu? Atau kita memang jenis tidak senang untuk melihat orang lain senang?

Disebabkan kita suka membeza-bezakan status, terserlah kekurangan kita. Kekurangan ilmu itu senang dilihat melalui percakapan. Oleh itu, andai kita adalah yang berkuasa satu hari nanti, ingatlah semua kesenangan yang dimiliki oleh diri kita hanya 1 titisan zarah kecil diberi pinjaman di atas muka bumi ini.

Aku? Lantak korang la nak kata apa pun...aku tetap menjadi aku. Insya Allah, aku tak lupa asal usul diriku ini.

No comments: