Monday, June 7, 2010

Cerita percutian Spain...

Ha??? Mak kena copek kat Spain, Euro 500 hilang bersama dompet!! Belum apa-apa lagi dah hilang duit. Sangat profesional sebab susunan barang dalam beg masih sama dan yang best dompet di bawah sekali & ditindih kain sembahyang. Tapi ulasan ringkas aku:
  • dari nak bawa handbag bertukar ke beg galas,
  • dari boleh simpan duit ditempat selain dompet, mak ambil keputusan longgok semua 1 tempat
  • careless
  • semuanya ketentuan Allah
Sebelum pergi, mak selalu bising ayah suka buka wallet di hadapan orang. Sibuk la dia nak buat itu ini untuk ayah & diri sendiri. Tapi, akibat kesibukan urusan seharian, mak melupakan niat untuk projek diri sendiri. Aku rasa mak sibuk buat bantal untuk anak-anaknya, termasuk bantal aku.

Dalam ketiadaan duit, mak masih beli buah peach aku. TQ mak...walau mak hilang EURO 500, adik tetap masih ada mak sampai saat ni, takpe...yang penting mak sihat dan selamat pulang ke Malaysia.

p/s: Dan kepada sesiapa yang nak ke EURO, pastikan anda lebih berhati-hati. Pencopek mereka sememangnya PROFESSIONAL tahap tinggi.

No comments: