Tuesday, June 29, 2010

Handphone

Dah lama aku dipujuk oleh suami untuk membeli handphone baru, at least pakai sama dengan dia Blackberry. Tapi aku malas, sebab tiada keperluan melampau sampai tahap itu bagi kegunaan aku. Bukan sekadar ok tapi setiap benda yang aku ada mesti berfungsi pada tahap yang aku telah tetapkan.

Dan, sejak aku ter'busy' ni...aku telah berminat untuk membeli handphone yang ada fungsi video call. Dan husband aku senyap-senyap dah buat search sebab kami dua-dua nak kena ada fungsi ni demi kepentingan keluarga, yakni bb boy.


Dia dah propose untuk beli handphone iphone 4g ni. Setelah berbincang panjang lebar, kuruskan sikit skop-skop keperluan, nice to have to semua aku evaluate dan buang, akhirnya aku setuju. Sebab? Hehheheh...sebab boleh video call dan ...aku lupa la, yang streaming kalau dok jauh2 dan murah tu...penting la dalam anjakan berani mati aku dan suami demi keluarga ni.

Walau ada kemudahan free kat website, tapi kalau time tu terdesak, harap-harap gadget ni membantu aku. Sape nak beli handphone Blackberry suami aku nanti? Hehehheehh iklan kejap!!

p/s: Kempis poket waktu nak beli nanti...sekarang belum lagi la sebab belum ada di pasaran Msia lagi...

No comments: