Friday, June 18, 2010

Sakit tekak

Serious wei...aku tgh tak sihat badan ni. Antibodi too low plak tetiba. Ke aku yang tak cukup rest? Kena buat homework & stay up sampai pukul 1 pagi. Then bangun balik pukul 5 pagi untuk print homework. Huhuhuh...

Tekak start smlm sakit gila. Pukul 6 adik ambil terus ke klinik. Doctor sahkan tekak dah merah dan keadaan kesihatan mengarah untuk kena demam. Suhu bila doctor check 37. Hidung ada hingus berwarna kuning. Batuk kadang-kadang je. Tapi aku rasa badan ni panas dalam, memang tak selesa.

Atas nasihat doctor, aku kena stay jauh-jauh dari orang yang bersin, batuk dan selesema terutama yang tak reti tutup mulut dan hidung dia. Since kat opis banyak yang tgh tak sihat, doc nasihatkan untuk pakai mask.

Balik umah aku pun tido sambil tuam kepala sendiri. Minum air maintain banyak kan....tapi bila dah tido nyenyak lebih 3 jam tanpa ambil air, bangun tu rasa tekak ni sakit gila. Tapi suhu kepala normal, suhu hidung ni ha...adoiiii!!

p/s: Hari ni masih datang opis, insya-allah aku sihat cuma aku tak boleh banyak masa spent utk pikir aku tak sihat. Bekalan air aku pun untuk hari ini melebihi 2 liter. Positive thinking, aku akan sihat hari ini.

1 comment:

eliyazz said...

confirm demam :'(