Tuesday, August 17, 2010

Ter...mengidam plak!!

Sebenarnya Mm tgh sangat sibuk, banyak kerja-kerja tertangguh. Semalam, pengarah Mm dah sound kenapa lewat keluarkan report. Memang salah Mm, sepatutnya sehari selepas meeting, report dah kena keluar.

Apa pun alasan, tanggungjawab kenapa buat. How you want to settle it, it's up to you. Itulah nasihat pegawai terdahulu kepada Mm dan rakan-rakan 1 batch. Dan sememangnya salah Mm.

Dan hari ini, dalam keadaan terkial-kial sebab dah lupa apa Mm catit, Mm cuba habiskan jua penulisan report itu.

Dan masih sempat berbisik kat immediate bos Mm nak makan agar-agar tembikai la...dulu akak Mm beli untuk anak dia kat Pasar Ramadhan Wangsa Maju. Immediate bos Mm pun kata saya tak nampak plak terjual di sini.

Bila nak beli? Sabtu ado makan2 kat Tropicana dgn batch Mm. Akak Mm pun periksa tak habis lagi, sian plak nak serabutkan dia. Kat Semenyih takde jual. Mana ada jual lagi??? Boleh order online tak?

p/s: Mm tengah gagahkan diri siapkan kerja before Khamis. Perut sekarang sudah mula suka sakit-sakit, macam ado angin.

No comments: