Thursday, September 2, 2010

Doakan Mm & Bb

Waktu you all baca entri ni, Mm dah dalam perjalanan ke hospital. Mm telah mengambil breakfast yang berat pagi ni dan sekarang kena stop makan & minum. Itu pesanan Doctor Hamid, kena berpuasa 6 jam sebelum operation dijalankan.

Dalam pukul 10 pagi nanti, Mm akan daftar. Dan Dd kali ni nak minta katil tambahan, dulu lupa minta so sakit badan dia tunggu Mm kat hospital.

Bila dah dalam bilik, segala jenis darah, tekanan darah dan lain-lain akan ditanya. Kemudian, datang la doctor pakar bius, story mory apa procedure yang akan dilalui. Pastu sure Mm akan diminta bersihkan diri dan dibekalkan dengan baju kertas.

Sampai masanya, Mm akan ditolak masuk ke bilik OT. Sejuk weiiii, dah la pakai baju kertas aje. Dd pun ikut sekali tapi baju apa dia pakai Mm kurang pasti. Logiknya baju macam doktor atau nurse pakai la kan. Merasa gak pakai baju profession kedoktoran walhal profession sebenar engineer.

Maka, diakhir coleteh ini Mm nak minta maaf kepada semua orang, jika Mm ada buat salah silap secara sedar atau tidak, harap dimaafkan. Doakan Mm & Bb selamat dan sihat, insya Allah.

Akhir kata, semoga kita bertemu di masa akan datang lagi.

Salam sayang buat semua...........

No comments: