Monday, November 8, 2010

Adoi, salah aku ke??

Semalam on the way balik dari Balok, Kuantan singgah sebentar kat rumah akak aku. Minta tolong dia trim kuku Azizi. Tengah syok trim, si Azizi dok sondol aku minta susu. Aku pun selak baju dan beri susu. Tetiba, akak aku open satu story yang buat aku terfikir.

Akak: Siapa yang cakap eh?
Aku: Apa...?
Akak: Ha...si Li yang cakap.
Aku: Apa dia?
Akak: Li cakap, tetek dia kecik, Abg Nain punya pun kecik, Afiq punya pun kecik, Ngah punya besar.
Aku: Kurang hasam punya budak...
Akak: Tu la, siapa suruh pegi tunjuk kat orang. Orang lain plak tukang malu kat dia.
Aku: Ko la tak turunkan ilmu sepenuhnya kat aku.
Akak: Mana aku taw!!

Bila dipikir kembali, memang bangang dan bodoh betul. Aku tak bersedia dengan bra yang cukup, baju yang lebih sesuai...sibuk dengan barang Azizi aje. Bila hujan, hambik kau..tak kering bra aku...3 tak cukup yea ibu-ibu muda!

Tu belum masuk bab PANAS, ade ke dera aku dok dalam rumah yang kipas tu sepoi-sepoi bahasa. Dah la dera aku pakai minyak panas, stokin lagi, mandi tak boleh pagi sangat, dengan bulan raya nyer....dok plak kat bilik BIBIK @ bilik bawah dengan tingkap tak kasi buka sebab nyamuk katanya, kipas 12" nak sejukkan bilik berkempam plak & bersebelahan dengan dapur, pun tak buka tingkap & pintu sebab mcm2 alasan....param dan pilis tu pun buat aku hangin 1 badan...

Dan ditambah bilik aku di atas tapi atas faktor kesihatan, aku terpaksa berkhemah di bawah. Tido kat ruang tamu, sungguh taw...malam je tarik sofa bed untuk tido. Terik matahari luar tu mmg azab sampai ada sekali tu anak aku nangis tak keluar suara dah!!

So, cuba cerita kat mana aku sesuai duduk dengan selesa nak breastfeed Azizi? Ingat aku tak malu ke selak baju depan mak, ayah, abang ipar, pakcik, makcik, nenek, mak mertua, bapa mertua, etc...aku pun bukan sihat dan kuat sangat sebab baru lepas operation!

p/s: Aku rasa aku adalah mangsa keadaan...lain kali kalau ada rumah sendiri nak berpantang kat rumah sendiri aje...

No comments: