Wednesday, November 3, 2010

Hari kedua ....

Alhamdulillah Azizi mudah diurus oleh nenek dan atok. Positive la tu. Cuma kelakar bila aku balik je rumah, dia tengok aje ke mana aku pergi. Nak susu sangat smp buat chap..chap..chap. Bila dah bagi, minum smp muak...itu pun nasib mummy dah pump keluar before balik dari pejabat.

Ada ke patut aku sembelit semalam. 1 jam dok kat toilet. Rugi masa 1 jam tu, elok-elok boleh spent dengan Azizi, hum....

Malamnya, again dia nak aku yg tidur kan. Daddy dah tutup mata awal-awal. Akhirnya aku bawa Azizi tidur sebantal dan peluk dia rapat-rapat. Tidur nyenyak sehingga 3.00 pagi, tu pun dia resah gelisah. Aku bagi susu dan kejut daddy minta tolong tukar pampers sementara aku ke toilet.

Dan tepat pukul 5.30 pagi aku beri Azizi susu sedikit, dia blum lapar la. Tido balik dia...dan macam biasa aku dan suami sibuk bersiap untuk ke pejabat.

Sekarang, aku kena balik rumah....kesnya tertinggal alat breastpump. Dan aku sedang menahan sakit sekarang.

p/s: Jauh tu weiiii....

No comments: