Monday, January 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Alhamdulillah, impian daddy & friends untuk mengadakan cuti-cuti Malaysia. Walau banyak pertukaran berlaku di saat-saat akhir, akhirnya Lumut, Perak menjadi pilihan.

Kami menginap di Marina Cove Apartment 1 bilik. Check in 31 Disember 2010, pukul 4.00 petang, bilik nombor 507. Tapi....sekali ada sambutan new year da kat taman tema air sebelah apartment. Punya la bising. Azizi boleh aje tidur since dah terbiasa dengan bunyi bising-bising. Mercu meletup pun Mm dan azizi relaks aje tido....hahahhahah!!! Makanan 1 bintang daripada 5 bintang. Kekemasan & kebersihan bilik dan kawasan sekitar Mm bagi 1 bintang jugak.

Terubat hati sikit daddy sanggup nak bawa Mm makan seafood yang sedap pada 01 Januari 2011.

Next stop kami ke Ipoh, Perak. Menginap di Impiana Hotel. Bilik nombor 709, cantik dan selesa. Tapi yang tak best Azizi belajar menangis kuat-kuat dan sampai hari ni kalau nak apa-apa dia akan menangis kuat-kuat, hanya daddy je boleh nasihatkan dia. Komen pasal makanan, Mm boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Kami ke Ipoh atas dasar pencarian kopi yang sedap, yang sering diperkatakan tapi malangnya tidak berjumpa. Yang ada kedai kopi lama yang diusahakan kaum Cina. Hampa sungguh....

On the way balik ke Semenyih, Daddy beli buah potong-potong di Hentian Behrang. Melantak la Mm mangga masam dan akhirnya Azizi kembung. Hum...

p/s: Kepala Azizi teruk luka sebab gatal...tapi adakah doctor ada sebab hari ni 1st day mendaftar sekolah?

No comments: