Monday, February 28, 2011

Makanan awal utk baby Azizi

Ni cerita retetan perjumpaan doc Afifah. Mm ada tanya doc Afifah pasal makanan yang sesuai untuk baby Azizi. Saja nak pastikan Azizi dapat zat dan masih terkawal corak dan jenis pemakanan yang diberi.

Sebelum ni Mm ada baca di mana tah, mulakan dengan memberi buah pisang. Rupanya Mm salah daaaaaaa... doc Afifah kata, for your baby mama, look for single grain. Adoooiii, dah lama tinggal ilmu Biologi ni bertambah blur. Tanya lagi doc Afifah, yang macamana tu? Beras is single grain. Gandum dan Soya bukan single grain. Jangan sesekali beri baby Azizi gandum dan soya, dia ada ekzema kannn! Dan jangan introduce white meat until dia dah 9 bulan.

Kalau you beli makanan sedia bancuh untuk anak you, mungkin dia akan naik ruam-ruam coz ada campuran susu. Tapi saya terfikir untuk masak sendiri. Then you kena blend bubur nasi kosong itu. Mungkin campur sedikit susu kamu dalam bubur nasi, supaya rasa enak susu tu ada sama pada bubur yang dimasak. Boleh campur sayur-sayuran.

Semangat nak masak bubur untuk baby Azizi. Mm memang sangat sibuk tapi kena laksanakan tanggungjawab ibu pada anak. Itu Mm kena tunaikan untuk baby boy Azizi.

Sebagai persediaan Mm dah siap pesan kat Nenek Azizi untuk pinjam slow cooker, nasi reneh bubur Azizi. Cuma Mm masih tercari-cari blender yang bagus untuk hancurkan bubur nasi baby Azizi. Ada suggestion?

No comments: