Thursday, April 14, 2011

Pembantu Rumah

Saban hari pelbagai cerita disensasikan oleh media berkenaan isu pembantu rumah.

Agak mengecewakan kebanyakkan isu itu berbaur negative sahaja, seperti kes dera, kes lari dari rumah majikan, kes gaji kecil.

Mesti terkejut bila Mm katakan saban hari dipihak majikan sering berkongsi rasa dan pengalaman, yelah kalau tak diluahkan bertambah stress majikan dan kaedah ini membantu majikan untuk bertindak lebih rasional dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

Yang pasti majikan perlukan perkhidmatan mereka, oleh itu banyak rasa dipendam supaya anak dan harta kita tidak di apa-apa kan.

Mm setuju, mereka bukan hamba. Mereka ada perasaan, ada keinginan & kehendak, seperti kita jua. Diakui jika majikan berkehendak tudung digosok licin, perlu tunjuk caranya. Diulang perkataan gosok licin setiap kali bantuan itu
diperlukan. Penat tapi lebih baik daripada timbul masalah.

Dan bila semalam Dd menceritakan perihal maid Mm, timbul satu rasa yang lain benar dalam hati & fikiran. Sangat terganggu tetapi masalah itu Mm kena hadapi dan selesaikan secara professional.

Dan benar kerana kata, badan binasa.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: