Monday, May 30, 2011

Penat Jerih Seorang ......

Edisi khas untuk Encik Mohd Syaifullah bin Mohd Azali. Dan kalau Mm kata lagu nyanyian Shiela Majid bertajuk Lagenda paling sesuai....ada percaya? Semua jawapan itu hanya ada pada seorang baby bernama Muhammad Azizi Syalia bin Mohd Syaifullah.

Dd sanggup keluar rumah seawal 8 pagi untuk mencari blender. Untuk apa? Untuk blend makanan baby Azizi. Dd belum breakfast, belum teguk air pun. Kenapa begitu? Sebab Dd taknak anak dia kelaparan.

Dd sanggup bayar lebih untuk pampers baby Azizi. Kenapa? Sebab taknak baby Azizi mengalami kegatalan di bahagian private part. Taknak baby Azizi menangis tahan kesakitan.

Dd sanggup tak tidur bila balik dari trip Europe. Kenapa? Nak pergi beli aircond sebab baby Azizi mengalami Ekzema yang teruk akibat cuaca sangat panas.

Dd sanggup tidur rapat ke dinding. Kenapa? Nak bagi baby Azizi ruang yang cukup selesa untuk tidur di malam hari.

Dd sanggup bangun awal. Kenapa? Kerana tangan & kaki kecil baby Azizi dah kejut Dd. Ajak bermain, cium-cium, peluk-peluk.

Dd sanggup tinggalkan kerja office. Untuk apa? Untuk teman Mm dan rescue Mm. Bila? Tahun 2010. Kenapa? Mm preggy but selalu ada bleeding smp masuk hospital 2x + bed rest.

Dd sanggup masuk OT room. Kenapa? Mm paksa tengok macamana awak dilahirkan. Kata-kata Dd ini tidak dirakamkan di mana-mana...awak tahu apa dia cakap dekat Mm bila dia dengar tangisan pertama awak? "You...anak kita..anak kita...sambil pegang jari Mm dengan erat".

*******************************************************

Ingat wahai anakku Azizi. Bila dah besar, kamu tidak boleh balas tiap jasa dan kasih sayang seorang Dd terhadap kamu. Walau segunung wang kamu beri pada Dd, Mm sangat pasti kamu tetap tidak dapat membalas jasanya. Dan bila Dd dah tua, kot-kot Dd dah sound trouble, layan aje...jgn nak tinggi-tinggi suara! Kot-kot Dd terkentut kuat, layan aje...kentut tu kan tanda bagus, mcm doctor Afifah pesan...baru perut tak kembung. Kot-kot Dd terpecah pinggan mangkuk bini awak...layan aje, beli lagi pinggan lebih mahal...Royal Dolton (ada betul namanya?) ke, confirm tak pecah dah lepas tu...betul...Mm kenal Dd!!!

Dd banyak perancangan untuk kamu, semestinya Dd cuba sedaya upaya memberi yang terbaik dengan tulang 4 keratnya. Dd dan Mm tidak akan menyekat kreativiti awak, selagi awak berfikir dan bertindak waras.

*****************************************************

Selamat Hari Bapa. Dan hadiah terbaik Mm boleh beri pada Dd sempena anniversary ke 4 adalah seorang anak lelaki bernama Muhammad Azizi Syalia bin Mohd Syaifullah.

p/s: Nak baca apa kami buat sempena anniversary ke 4 sila klik sini .

No comments: