Tuesday, September 6, 2011

Azizi selesema di usia 1 tahun

Semalam agak kalut Mm & Dd. Baby Azizi dah selesema more than 3 days tanpa follow by demam or batuk. Mm really kalut bila call Ahad doc Afifah still cuti.


Anyway, Isnin pukul 9.00 pagi call & confirm doc Afifah ada di KPMC. Wahhh...selaju mungkin kami pecut ke KPMC. Mm tengok ramai anak-anak di bawa ke klinik sebab tak sihat.


Jumpa doc Afifah, dia inform dia dah tua kena raya betul-betul & baby Azizi sakit sbg post raya celebration. Haiiyyaaa....doc catit segala keluh kesah Mm, check paru-paru...alhamdulillah CLEAR. Lega doc Afifah, begitu juga Mm. Berat maintain pada 9.4kg, tengok susut je bentuk badan bujang seorang ni! Pesanan doc Afifah:


1) Kalau nak sedut hingus anak, pakai alat sedut bukan pakai mulut. Mulut anda lagi banyak virus. Tapi aktiviti sedut-menyedut ni adalah secret weapon, yakni jalan terakhir bila semuanya tak jadi. Sebabnya sakit la mak paknya...hidung tu! Kekerapan aktiviti ni terpulang kepada keadaan, tapi jangan la smp tiap jam korang nak sedut yea...


2) Bila dah berusia 1 tahun, dah boleh mula makan Scott Imulsion. Er...korang yang lain sila dapatkan advice doctor dulu yea. Untuk baby Azizi, 10ml sehari. Kalau susah nak enjoy makan ala-ala ubat, boleh je bancuh jadi jus.


3) Ubat demam kena standby di rumah. Kekerapan nak demam/ selesema/ batuk lebih banyak. If suhu dah 37.5 degree C sahaja layak makan. Bukan rasa panas, sumbat ubat. (Rasa sebijik-bijik waktu ni)



Antara ubat yang dibekalkan oleh doc Afifah, dari kiri: ubat selesema, ubat titik bila hidung sumbat, vicks (ni Dd beli lama dah, sapu kat dada, belakang badan, hidung utk bertindak sebagai penenang).


Cuma...cuma...ni kira common sense yer, parents suka mandikan anak dia kerap sangat dalam 1 hari. Bukan ke bila dah selesema, bagi sejuk makin banyak masalah pada hidung?

No comments: