Monday, May 28, 2012

Sayang toddler Azizi

Hari ini sebelum melangkah kaki ke pejabat, sayu rasa tengok toddler Azizi. Rindu di hati bila terkenang dia terbangun nanti tak nampak Mm & Dd.

Sebab rindu yang meluap-luap, Mm nak cerita hal toddler Azizi. Ok, kita bercerita akan kegemaran toddler Azizi.

1. Suka pakai baju berlubang-lubang. Sampaikan Mm & Dd selalu kata seksi la, nampak kaki semua. Mungkin itu adalah baju yang paling dia selesa.

2. Suka Teletubbies. Gelak mengekek-ngekek. Sebab dah subscribe HyppTv, maka jadual tengok Teletubbies pun Mm & Dd kena hafal.

3. Suka makan kacang. Dah friends dengan Atok, Dd...maka suka makan kacang.

4. Suka main periuk belanga Mm. Haishhh...Mm dah lama off dapur tapi toddler Azizi setia masak untuk seekor bear kat rumah tu.

5. Suka makan nasi. Macam org Jawa.

No comments: