Wednesday, June 13, 2012

Berpantang selepas bersalin cesarean

Memang tak pernah cerita detik-detik berpantang selepas selamat melahirkan toddler Azizi. Anak pun dah nak beranjak usia 2 tahun, kurang 3 bulan dari sekarang.

Sebelum ini, hanya pengalaman semasa bersalin sahaja dikongsi. Tak baca lagi, ok klik sini. Dd pun ada kongsi pengalaman melihat C-section op.

Ketika berpantang tahun 2010 dulu, Mm :

1. Masih urut tapi hanya di bahagian belakang badan dan kaki. Bahagian abdomen tak usik yea.

2. Mandi air daun-daun yang direbus. Daun apa kurang pasti. Nanti dah dapat info boleh share sini.

3. Minum air halia, untuk panaskan badan.

4. Tak ambil jamu, menyusukan toddler Azizi secara exclusive maka risau ada side effect. Juga dinasihatkan oleh nurse untuk elakkan benda panas seperti halia, jamu, lada hitam kerana boleh menyebabkan jaundice. Mak kata kena makan jamu lepas ni, supaya shape body balik ke bentuk asal.Tapi masih tak makan jamu smp sekarang.

5. Memakai bengkung khas, sangat membantu untuk mula pergerakkan dan memegang perut yang sakit itu.

6. Makan ikan haruan, bukan belaan tetapi liaran. My brother in law tolong carikan. Pati ikan haruan pun dapat, boleh telan tapi tak tahan bau pati tersebut.

7. Luka cesarean Mm bernanah, sebesar 2 tudung pen kilometrico. Terpaksa ulang-alik klinik untuk cuci selama 3 minggu. Nak jaga luka ni bukan mudah. Baru mandi anak dah nangis nak susu. Mula tak lap kering-kering. Al maklum perut berlipat-lipat makan bahagian potongan tersorok. Kalau cuaca panas, berpeluh-peluh menyebabkan bakteria berkumpul. Sepatutnya selalu kawasan ini dikeringkan, macam jiran sebelah rumah mak dulu siap pakai kipas untuk keringkan luka cesarean.

8. Pantang makan memang diamalkan seperti arahan Mak. Pantang air dingin juga sehingga 6 bulan pertama. Cuba disebabkan menyusukan anak, memang tak pantang air suam. Cuma Mm salah percaturan, memang kena minum banyak air sehari dalam 2 liter. Tapi kaedah minum tu salah. Kesannya perut Mm buncit. Ketika itu rungsing kalau rahim tak mengecut tapi doc Hamid scan semua normal. Sepatutnya minum air sedikit-sedkit tetapi kerap sehingga capai 2 liter sehari. Bukan tibai 500ml dalam satu masa. Dan mungkin juga kerana itu orang tua dulu-dulu memang bagi air panas kepada org berpantang, so that kita minum sikit-sikit.

9. Masih meneruskan supplement kalsium, minyak ikan dan vit.C sehingga sekarang.

10. Owh...lupa semua ubat yang dibekalkan hospital habis dimakan oleh diriku. Siap minta tambahan selepas tu sebab luka tu masih berdenyut-denyut hingga 2 minggu lamanya.

Jangan ditanya la bertanggas, pilis...semua tak pakai. Stokin pun tak pakai, pakai selipar dalam rumah. Hehehehhe...culas namanya.

No comments: