Tuesday, June 12, 2012

~ Muram

Mm rasa sekarang ni, my toddler Azizi is good in expressing his mood.

Amboi...speaking English gitu, buang tebiat ke Mm?
Tak la buang tebiat, dulu kat MMU hari-hari je speaking English...
memula tu tergeliat gak but later on dah biasa.
Sekarang terasa English itu semakin jauh dari diri ini.
Maid Dd informed yang toddler Azizi quit moody, duduk tengok TV pun sambil tangan memeluk tubuh.
Ok, itu tandanya dia perlu bersendirian ketika itu, tidak selesa didekati.
Toddler rindu Dd ke?
Perasaan sayu tu terbawa-bawa, terjaga dari tidur
terus memeluk Mm dengan kuat, tak dilepasnya.

Makan 2 suap, lepas tu tolak. Mm cuba beri mkn di malam harinya pun tetap begitu.
Yang tak habis nak dimakan, jelly yang tak banyak faedah tu.
Lepas tu saja je baling anggur sana sini, buat Mm jerit sekuat hati sampai menangis toddler kat dapur. Diminta peluk tapi Mm tak layan pada ketika itu, kemudian baru Mm peluk dan explained kenapa kena marah sambil dia mencebik muka tanda nak menangis semula.
Air masak mmg banyak dia minum. Vitagen pun minum juga.



Punya rindu sampai tengok twinkle-twinkle pakai laptop Dd.
Semua nak conquer ehhh..


Saya suka main tekan-tekan, kuat plak tu button ditekannya.
Sabar Dd, baca je sampai habis.
Rosak kita beli lain.

Bila nak tidur malam, as usual mesti penuh drama.
Menangis la sebab Mm tak layan dah permintaan jelly dia.
Sambil tukar diaper dan baju tidur, menjerit la dia mendayu-dayu panggil Daddy.
Mm? Muka steady je tukar cepat-cepat then sumbat susu.
Marah punya pasal, Mm nak peluk pun ditolaknya. Nak usap rambut pun ditolaknya.
At last, tidur je ikut position yang dia nak.

Dd ke mana? Bagus...lupa nak cerita dia outstation utk 3 hari.
Mengantuk juga kena tengok toddler Azizi seorang diri.

No comments: