Friday, August 10, 2012

Baju Raya

Ketika org dok kerumun beli baju raya, Mm pun beli baju raya. Ketika mummy lain sibuk cari t-shirt, akak Mm sibuk cari baju tidur raya dan Mm cari baju lobang-lobang untuk raya.

Punya la seronok, ada saiz besar untuk toddler Azizi. Hari tu Dd beli kat Kuantan tu mahal bebenor. Yang ni 1 set baju lobang half price dari yang Dd beli tu. Beli jugak baju tidur cotton 1 sbb macam sesuai dgn harganya.

Bior la org nak kata apa. Yang penting dari baju duduk rumah sampai ke baju jalan raya sampai ke baju tido, baru untuk dipakai oleh toddler Azizi. Murah atau mahal bukan ukuran kerana yang penting kpd Mm adalah keselesaan.

Tapi kan Dd, nanti bayor balik duit baju-baju ni. Mm dah kering....hehheheheh.

Well, Mm dah beli baju raya untuk si Diana a.k.a helper. Mm beli 1 tshirt lengan panjang, 1 jeans dan 1 baju kurung berlabuci.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: