Monday, December 30, 2013

Cermin Ajaib

Sekejap sahaja masa berlalu, tinggal 1 hari lagi sebelum tirai 2013 dilabuhkan. Saat begini penting dalam menilai pencapaian diri sepanjang perjalanan 365 hari yang lalu. Ada duka, ada suka, ada lara, ada hati terluka. Pahit yang ditelan, ukiran senyuman plastik, ucapan ya yang berpura-pura... byk lagi sehingga tidak terungkap dgn kata-kata.

Yang manis untuk dikenang:
1. Gaji naik 2x - terima kasih boss

2. Status jawatan lebih baik - ada pencen

3. Bercuti sekeluarga besar (12 org) ke Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau. My son first experienced naik flight, selain happy feeding calf, cow....

4. Bercuti ke Tanjung Piai sekeluarga kecil (3 org). Enjoy tgk my son yg suka adventure, sanggup berjalan jauh untuk sampai ke titik paling selatan benua asia walau dalam keadaan demam panas.

5. Owhhhh my..... Gucci

Yang pahit untuk dikenang:
1. My beloved son kena operate gigi - Mummy sedih sgt! Fully recovered with minimum cranky time, Alhamudulillah!

2. Honda City buat perangai - EPS failure & waktu pembaikan hampir 1 bulan!! Nasib baik masih dalam warranty period, Alhamdulillah!!

3. Tak boleh guna annual pass Legoland Malaysia. My son demam panas ketika tu namun bersyukur my son sihat kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah.!!!

Pengalaman lain bukan tidak penting tapi sentimental value tu kurang. Impak kepada kematangan hidup tetap ada. Setiap kejadian itu ada pengajaran namun kita kena terus melangkah demi kelangsungan hidup.

Contoh 1: Terpaksa menyusahkan parent di kampung untuk hadir kursus. Walau ada pembantu rumah bersama namun masa, kepenatan, kesusahan, kesihatan my mum and dad mmg tak mampu nak dibalas. Bagai ada perakam yang dimainkan di telinga ini, ibu bapa akan disusahkan oleh anak mereka sendiri bila mana kita menghampiri akhir zaman. Dalam konteks ini, ibu bapa yang semakin tua disusahkan untuk menjaga cucu yang berusia 2 tahun. Menjaga cucu siang dan malam selama 6 bulan bukan perkara yang mudah. Semoga diri ini tidak terus hanyut menyusahkan kedua orang tua selamanya, insya Allah.

Contoh 2: Ingin menghantar anak ke tadika. Wah, bayaran pendaftaran dah 4 angka namun tak perlu kot ada homework bagai untuk anak kecil berusia 4 tahun. Dan aku percaya kepada pembangunan holistik seorang anak yang baru bertatih berdikari. Pengalaman pertama itu penting dan harus diperhalusi supaya memberi kesan positif kepada kendiri. As mummy, aku percaya kita jangan nak susahkan diri dan kedekut untuk melabur RM. Trust me, you must give some kind of value added to small things in real time. I focus nak hantar ke tadika, exposure untuk sosial skill, communication skill and motor skill. But I don't need nursery. And I setuju untuk dia naik bus but my husband don't. Secara ideal mmg nampak mudah as parent hantar & ambil anak ke sekolah tapi kita terikat dengan masa dia. Kenapa kita nak susahkan diri hanya untuk jimat RM40 sebulan? Kenapa kita sibuk nak kira masa yang anak rugi oleh kerana bus pusing jauh, hantar anak orang lain balik dulu? Kenapa kita lebih sanggup anak bodoh pengurusan masa, bodoh berkawan atau kita risau kita tak mampu kawal anak hanya kerana dia dah pandai cakap kasar hasil pergaulan dengan rakan sebaya? Kenapa??? I sanggup my son naik bus walau sekolah 500 meter dari rumah kerana:

1. pengalaman ke sekolah dengan school bus lain feel nyer.

2. luaskan skop kawan-kawan, biar minda terbuka yang hidup ini ada kawan jahat, baik, etc. Perbualan sesama rakan seusia lain daripada kita.

3. I suka nak pantau dia dari kereta. Mcmana dia react bila sedikit kebebasan diberi dalam selang masa yang terbatas.

4. I nak dia dewasa mengikut usia dan peredaran masa, tak dungu bila sesuatu situasi itu berlaku. Dan I bersedia ambil risiko untuk confront dengan dia seandainya dia bercakap atau bertindak kasar.

5. I kena terima suatu hari nanti my son kena mengorak langkah sendiri tanpa perlu I lihat. Probably by his request, mummy jangan ikut...malu la... etc... Tapi at least I dah pantau dari kecil dan truly I rasa I lebih bersedia melalui saat itu!

6. I focus nak hantar di ke asrama by age of 13. So dia kena ada pengalaman seperti org biasa, untuk mematangkan pemikiran dan jati diri. Insya Allah.

Sebagai summary, flashpoint 2013 saya berkisar hal anak saya sendiri. Banyak mummy hutang Azizi tapi mummy akan lunaskan satu per satu. Insya Allah. Anak adalah refleksi ibu bapa...ibarat cermin berjalan untuk ditonton dan dinilai org ramai!


To my husband,
Thank you for every single cents you have spent for me and my son especially. May Allah bless you and all the best for your 2014 journey.

No comments: