Monday, December 16, 2013

Chemo Therapy

Last Saturday morning, around 4.40 am gitu, my husband and I went to Big Bad Wolf 2013. First time ke BBW tapi atas nasihat rakan-rakan, I bawa trolley susu Azizi.....atas nasihat my boss juga sebab tu kami redah BBW pukul 4 pagi.

Awal lagi I dah decide nak cari buku untuk Azizi, dapat la rembat buku yang bagus-bagus mengikut kegemaran dia. Dari satu lorong ke lorong lain, I selak lebih-lebih kurang before buat keputusan beli ke tidak. Lama betul spent masa cari buku dia, about 3 hours. Bila badan dah mula letih, baru beralih arah ke bahagian masakan.

Owh, time I perabih masa 3 jam kat bahagian buku kanak-kanak, my husband dah explore semua. Banyak buku dia ambil tapi baca belum tahu bila. Buku untuk di polan, si dia, si anu. Buku untuk I tak dicari pulak!!!

Di bahagian buku masakan, kepala ni nak cari buku resepi nasi or Chef Wan or resepi untuk kanak-kanak. Hum....Chef Wan takde tapi resepi Kak Ita ada la...ok takpe beli satu untuk my maid. 

Then jumpa 2 buku resepi khusus untuk kanak-kanak...mood happy! Resepi dalam buku tu agak praktikal dengan selera orang Malaysia and another 1 tu siap buat statement anggaran 1 tbs tu berapa ml...bagus-bagus... choi la korang!!! Aku mana pandai masak!!!

Sebelum aku hentikan pencarian buku, mata ku terlihat pada 1 buku light purple bertajuk Chemo Therapy Receipe....lebih kurang la tajuknya...emmmm ambil je la buku ni!! Buku tu ada menyatakan yang taste bud pesakit yang menjalani rawatan chemo ni bitter.

Petang tu, my husband and I melawat rakan lama di HKL. Nama dia Ainie. Dia sakit kanser dan menjalani chemo therapy di HKL selama 3 hari. Baru la kami faham bagai mana rawatan tersebut dijalankan. 

Ibarat kaedah drip water ke dalam badan if kita demam panas. Tapi bagi rawatan chemo 1 beg solution chemo diikuti dengan 2 beg water perlu drip ke dalam tubuh pesakit. Ainie cakap bila solution chemo masuk dalam badan, mmg dia boleh merasai panas ubat tu berjalan ke seluruh tubuh dia. I sendiri tengok dia berpeluh, basah baju dia. Pernah ketika tidur di malam hari, suami dia berkata kena bahang badan Ainie panas ibarat batu tungku orang bersalin? Hampir setiap hari cadar katil perlu ditukar sebab badan dia yang sentiasa berpeluh, lencun gitu. Chemo perlu dibuat dalam masa 3 minggu sekali. Setiap kali itu mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke 8, akan di'injek' sel darah putih melalui tulang belakang, kalau I tak silap dengar la.

If ketika menjalani prosedure tu dia ter'demam' maka rawatan akan dihentikan, baikkan demam sepenuhnya dan ulang semula rawatan tersebut dari botol pertama. Bukan main sambung je rawatan yang terhenti tu. 

Dia pernah down gila bila melihat rambut gugur dengan kadar luar biasa. Terpegang rambut, confirm ada rambut di tangan. Di bantal apa tah lagi. 2 minggu dia down gila dan kemudian dia tekad minta suami cukur habis. Supaya dia tak terus psycho bila tengok rambut yang gugur dengan kadar luar biasa.

Ainie sendiri berkata yang dia kena kuat semangat, kena paksa makan supaya ada tenaga, bershopping dengan anak-anak supaya lupa masalah kesihatan diri dan sebagainya. 

Nampak mudah tapi berat lagi bahu yang memikul. Ainie telah menjalani operation dan membuang organ yang effected (tak nak details kan di entri ini). Ainie dapat degree daripada OUM bulan 4, bulan 6 disahkan menghidap kanser, bulan 12 dah melalui chemo kali kedua.

I suggest to my husband suruh Ainie tulis blog, dokumen kan dari sudut kaca mata pesakit. Sekurang-kurangnya dia berkongsi pengalaman dengan mereka yang lain, insya Allah. Niat baik di balas baik. Keluarga Ainie bersemangat nak try resipi dalam buku yang diberi. Mungkin itu juga modal yang baik utk dikongsi dalam blog kan!

Ainie, walau I baru kenal you tapi I hope you terus bertabah demi keluarga. I doakan you kuat semangat dan sabar menjalani dugaa ini.

No comments: