Saturday, February 13, 2016

Setelah 5 minggu surgery

Aqil sekarang dah berusia 6 bulan 29 hari (ketika tulis blog). Tadi baru followup jmp Doctor N****, alhamdulillah semua ok and hoping benang jahitan akan tanggal dlm 2-3 bln dr tarikh operation. Aqil mula diberi makan pada 30 January 2016, ketika makan petang sekitar jam 5ptg. Mmg seperti dia tunggu sangat saat untuk kunyah-kunyah. Kami semua happy dia mula belajar makan.

Surgery hari tu tidak mengganggu Aqil lama sgt, bila dah masuk minggu ketiga, dia dah mula riuh rendah tegur org, bergolek-golek...boleh la Mm simpulkan dia semakin active, pantang letak di lantai dia akan golek-golek, pusing kiri, pusing kanan, bagus anak Mm kerana suka kuatkan lengan dan bahu. Penting untuk belajar menulis nanti kekuatan tgn ini nanti.


Selain itu, Aqil mmg ada iras Mm ketika kecil. Nanti Mm post wajah Mm dulu mmg sebijik rupa Aqil skrg. Aunty Chua belikan Aqil baju raya, sakan semua org nak bergambar dgn anak Mm. Gambar ni juga la Mm guna untuk hantar wishing CNY kpd exboss dan kawan2. Semua kata good looking baby, bangga jap! Hehehehh...


Aqil mengalami ruam yg agak teruk di bawah leher. Mcm2 sapu, dr calamine lotion smp ke ubat anti ruam punggung Mm bantai bubuh. Akhirnya Mm minta tolong aki & nenek bawa jmp skin specialist. Alhamdulillah, hanya ruam yg disebabkan cuaca panas terik (el nino katanya skrg). Speedy recovery yea Aqil, insya allah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: