Thursday, February 18, 2016

Kula Cakes by Lila Wadi

Label cake buatan orang melayu di bandar Kuantan, Pahang yang tengah mendapat perhatian sekarang ialah Kula Cakes. Mm berkesempatan beratur pandang untuk menikmati sepotong cake pada cuti CNY baru-baru ni. Bayangkan takde seat kosong yang available, sampai turn Mm je majoriti pilihan cakes nyer dah sold out.

Maka Mm pun membeli la 2 potong cakes, toblerone cheesecake dan choc haven cake. Air ice cocoa dan kopi panas. Pilihan cakes dan air sangat terhad tp just nice untuk chit-chat session dengan kawan-kawan untuk jangka masa yang pendek. Btw, mmg Mm tak berhajat nak snap pics ke hape ke time makan tu, so really penulisan ni nak review pasal cakes di Kula Cafe (KC) ni.

Sedang menikmati kek, Mm pun tanya Dd, siapa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cheesecake kepada orang Malaysia? Pandai Dd...dia dapat teka...korang plak rasa siapa? Dulu cake tu dijual sekitar harga RM5.50++ per slice, sekarang dah RM8.00++ per slice. Betul la tu...betul tu...tak lain dah semestinya Secret Receipe (SR).

Cheesecake yang dijual di KC berbeza daripada SR, dari segi rasa dan teksture. Di KC, cheesecake yang terkenal semestinya mango cheesecake, sejuk beku cheesecake basically, rasa mangolishes dan tak berapa manis. Please try if korang dah sampai di KC. Toblerone cheesecake is perfect utk orang yang nak makan cheese with dash of choc, not too chocolaty to be exact.

Untuk cake pula, sweetness level di KC dan SR sama. Cuma cake di KC a bit dry.

Kalau korang rasa nak makan heavy food and at the same time nak makan mango cheesecake sebagai dessert, why not mencuba di Lila Wadi (LW). Tak reti? Buka waze, tekan je lila wadi and keluar la senarai kedai lila wadi di sekitar bandar Kuantan. Mcm husband aku cakap, aiiiii smp Lila Wadi dia plak claim Lila Wadi by Kula Cakes. Tapi kami tahu Lila Wadi wujud dahulu, then baru Kula Cakes. Tapi kalau dah sampai Lila Wadi, patut juga mencuba durian cheesecake. Seriously waktu makan pada makan besar CNY di Lila Wadi, teringat kat lempuk durian arwah nenek Asiah.

Air pula...baik di KC dan LW ada serve pandan cooler....cubalah air ni, best!!! Tapi kalau budak kecil, tak digalakkan sbb bergas. Hehheh...bila korang nak mencuba? Buatlah reservation kalau dtg dalam group yang besar, karang melopong plak.      

No comments: