Monday, February 22, 2016

Perkembangan awal Aqil (Part 1)

Bila pertama kali menjadi ibu bapa, mesti jawapan cliche tak tahu, kurang pengalaman dan sebagainya. Tapi percayalah, dengan bertambah jumlah anak, maka bertambah juga alasan yang dituturkan oleh ibu bapa muda. Eh...kalau dah tua tapi rezeki untuk dapat anak kecil lagi, rezeki jangan ditolak tapi alasan dah lupa zaman abang/ kakak dahulu. Ahakkkksss..

Ok, Mm nak beri sedikit panduan kepada bakal ibu bapa terutama yang baru nak dapat anak pertama. Panduan ini bukan bersifat material tetapi pencapaian anak kita bila mencapai usia 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan, 6 bulan dan seterusnya.

Nak senang boleh refer buku kesihatan anak. Setiap anak yang lahir ada buku rekod kesihatan, buku ni kita kena usung sana sini sekiranya berhajat nak dapatkan rawatan ketika pelalian/ rawatan sakit luar seperti demam, batuk, selesema, dan sebagainya. Tak kira la di hospital atau klinik, kerajaan mahupun swasta. Cara kelahiran, berat lahir, berat tiap-tiap bulan, semua data ni penting kepada seorang doktor kanak-kanak. Dan mereka akan beri advice yang bersesuaian sekiranya data tersebut lengkap.

Dalam buku kesihatan itu nanti akan tertulis perkara yang mereka akan periksa mengikut tahap usia anak. Contohnya anak memberi respond melihat kanan kiri pada usia 3 bulan. Pada usia 1 bulan mengukirkan senyuman. Maka sebagai mak, mummy, mama sila la perhatikan betul-betul perkembangan anak, nanti disoal oleh pakar maka boleh menjawab. 

Sebagai contoh Aqil berupaya memegang kaki sendiri pada usia 7 bulan. Kalau ikut buku dah terlambat. Tracking tu penting. Lambat bukan bererti bermasalah, sebab ianya related pula keadaan kesihatan/ trauma/ etc yang dialami oleh tubuh kanak-kanak tersebut. Dalam kes Aqil, dia pernah melalui surgery, maka doktor Afifah warning Mm untuk expect performance dia delay 1-2 bulan. Boleh baca kisah surgery Aqil di sini.


Selain itu, ubat-ubatan dan kerana apa ubat itu diberi juga sangat penting kepada doktor. Sila track ubat, dose dan tarikh untuk rujukan. Biasanya Mm tulis dalam note handphone. Senang nak refer sbb memang bawa handphone sana sini. If demam, sebelum dapatkan rawatan demam di klinik, sila catat suhu badan anak, setiap 1-2 jam. Kena invest beli ear digital thermometer, senang keje korang.

Later Mm share detail by age apa, tahap keupayaan apa. Like Aqil, doktor advice untuk ajar dia duduk, kuatkan tulang belakang, tulang leher. Of corse Dd kena invest beli kerusi, and now ketika makan dia nak duduk, suatu perkembangan yang sangat dibanggakan oleh Mm.

No comments: