Thursday, March 3, 2016

Audio Test

Semalam, Mummy and Kak Romlah (helper) bawa Aqil ke PCMC untuk follow up audio test. GL semua telah diuruskan lebih awal, registration smooth, alhamdulillah.

Naik atas...alamak, test kali ini sebaiknya Aqil tidur atau minum susu yang diam molek tu.

Aqil baru bangun tido, baru lepas minum susu pukul 8am. Maka non mungkin dia boleh tido dengan mudah, mata bulat youuuu! Jam 10 pagi. Maka bertabah menunggu waktu dia tido...fuhhhhh!

Tetiba pukul 11.20 pagi dia melena. Bergegas semua masuk bilik, cuci dan tampal devices, sambung wayar ke telinga kiri shj...start test. 20 minutes pertama brain dia heavily working, so sangat mencabar coz data yang dicari tak dapat. Around 11.40am baru data yang dicerap bestttt. Tgh syok kumpul data, tetiba Aqil bangunnnnnnn. Wawawawawa....bulat lagi mata dia.

Memandangkan jam hampir pukul 12pm, maka mengisi perut la Mummy dan helper. Aqil pun mcm nak tempat untuk buat aktiviti rolling, laju Mummy tukar pampers dan dok dlm surau PCMC. Lepas solat Zohor, naik atas semula dan Aqil mengamuk2 nak tido. Terlelap Aqil jam 2.20pm, laju kami ulang semula test tapi kali ni bagi kedua-dua telinga serentak.



Alhamdulillah, all completed dan bila dia terjaga, kami discuss serba sedikit. Telinga kanan normal, telinga kiri about 30% hearing lost. Most probably sebab tekanan telinga tengah terganggu sebab flu. Apa pun, Mummy kena sentiasa watch out progress percakapan Aqil.


Result test tu kita tgk chart atas ni lagi senang. Nama chart ni speech banana. Ni Mummy cari kat Google.com. Base on chart, kesukaran nak identify aeiou bagi left side. Kanan normal, alhamdulillah. But Mummy still hoping miracle to happen, semoga telinga kiri juga normal seperti telinga kanan. Ameen.


Btw, first word Aqil ialah NEK. Memang dia sayang gila kat Nenek.

Mummy doakan Aqil tiada masalah pendengaran, supaya Aqil boleh bertutur dengan baik, supaya Aqil berkawan dan ajar Abang Azizi bercakap dengan baik. Mummy juga berharap Aqil boleh bantu jaga Abang Azizi, sayang Abang Azizi bila Mummy dah takde lagi nanti. Ameen.

No comments: